Akaun koummah.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
JUALAN AMAL AIR MINERAL

JUALAN AMAL AIR MINERAL UMMAH


عن سعد بن عبادة قال: قلت: يا رسول الله إن أمي ماتت، أفأتصدق عنها؟ قال: نعم، قلت: فأي الصدقة أفضل؟ قال: سقي الماء


Ertinya: Sa'ad bin 'Ubadah menceritakan, aku berkata: "Wahai Rasulullah! Ibuku sudah meninggal dunia, bolehkah aku bersedekah bagi pihaknya?: Baginda menjawab: "Ya (boleh)." Aku bertanya lagi: "Sedekah apakah yang terbaik?" Baginda menjawab: "Memberi (orang) minum air" (Musnad Ahmad)



MEMBINA KEPERIBADIAN ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Firman Allah SWT yang bermaksud “Sesungguhnya orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatgandakan kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak”. (QS Al-Hadid 57:18)


Abu Bakar merupakan salah seorang sahabat Baginda Rasulullah SAW yang kaya dan dermawan. Ketika itu perang Tabuk, sebelum peperangan memerlukan persiapan yang rapi untuk melawan tentera Rom yang kuat. Lalu Baginda meminta derma dan Abu Bakar memberikan seluruh harta miliknya, Baginda bertanya “Apakah yang kamu tinggalkan buat anak dan isteri kamu?”. Abu Bakar menjawab aku tinggalkan Allah buat mereka.


Begitulah cintanya para sahabat kepada Islam, sentiasa dahagakan pahala. Renungkan bagaimana pula keadaan kita di alam sana? Tak perlu cerita tentang harta yang jumlahnya besar, sanggupkah kita membayar dengan RM 24 untuk sekarton air mineral demi membantu mereka yang memerlukan? Jualan amal ramai yang pandang sebelah mata, nilainya sedikit tapi besar bagi mereka yang Allah taala tutup pintu hatinya. Hasil jualan amal ini, Ummah Care Organization (UCO) akan agihkan kepada golongan yang memerlukan. Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk menghantar sekarton air mineral ke masjid, rumah anak yatim dan asnaf. Semoga Allah menerima amalan kita semua. Aamiin

#ummahcareorganization
#kitajagakita
#samasamabantu
#jualanamal